Cerita Menarik Tentang Bibi Kucing Si Nakal

Salam dan hai semua,

Sebelum ini, terima kasih kerana meluangkan masa anda dan melepak bersama saya di sini.

Biar saya cerita sikit tentang kehidupan kucing saya sendiri kepada kalian.

Nama saya Bibi (nama yang diberikan oleh tuan saya), seekor kucing Tuksedo dwiwarna (hitam putih) yang sangat nakal.

Saya berumur 12 tahun pada hari ini 13hb Mac, tarikh ini sangat bermakna, kerana ia adalah hari saya bertukar daripada kucing jalanan kepada kucing rumah.

Untuk pengetahuan anda, saya dilahirkan dan dibuang oleh ibu kucing saya sendiri, ketika saya berumur hampir sebulan.

Nasib baik, ibu anjing dwiwarna (hitam putih) mengambil saya dan memberi saya minum susu dia sendiri.

Saya membesar bersama tiga adik beradik anjing dwiwarna yang lain dan kami mempunyai banyak detik-detik serta kenangan yang manis.

Malang tidak berbau, ibu dan adik-beradik anjing saya telah ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan.

Mereka hilang dari pandangan saya dan tidak pernah melihat mereka lagi selepas itu...

Memandangkan saya membesar dengan keluarga anjing, tingkah laku saya juga bertindak seperti anjing juga.

Perkara lain yang mengganggu saya ialah saya tidak dapat bergaul dengan kucing lain dalam komuniti tempatan.

Setiap kali apabila mereka menghampiri saya, mereka perasan saya mempunyai bau yang berbeza (mungkin disebabkan oleh bau adik beradik anjing saya), kucing tersebut akan mula menyerang, mencakar serta menggigit saya.

Pada mulanya, saya amat pengecut dan hanya melarikan diri dari pergaduhan kucing.

Sepanjang tempoh masa itu, saya mula menyedari bahawa saya perlu melawan, bukannya selalu lari dari pergaduhan.

Saya menjadi lebih garang dan melawan semua pembuli yang datang cari gaduh.

Sejak itu, semakin kurang kucing yang datang membuli saya.

Disebabkan sifat saya yang teramat garang, saya mula menjadi ketua kucing kawasan komuniti tempatan. 

Pada suatu hari, saya sangat penat dengan gaya hidup liar ini (walaupun ramai orang baik hati memberi saya makanan dan minuman).

Saya hanya mahu mempunyai rumah dan keluarga yang benar-benar menyayangi saya.

Selepas merantau dan mencari "Keluarga Ideal" tersebut, akhirnya saya bertemu dengan calon yang sesuai!

Saya menyelinap masuk ke dalam rumah mereka dan mempamerkan wajah saya yang paling cute sekali, bersama-sama dengan suara unik "Em Em Em" saya, semoga mereka akan menjadi keluarga angkat baru saya.

Nasib baik keluarga itu sangat suka dengan penampilan dan personaliti saya. 

Mereka memutuskan untuk mengambil saya sebagai anak angkat dan saya secara rasminya menjadi kucing peliharaan mereka pada 13 Mac 2018.

Masa berlalu dengan cepat dan hari ini sudah ulang tahun ke-4 saya tinggal bersama keluarga yang baik hati ini.

Saya sangat suka hati dan menikmati setiap saat tinggal di sini.

Ia adalah pelaburan terbaik dan bijak yang pernah saya lakukan dalam kehidupan kucing saya!

Terima kasih atas masa anda dan berharap dapat berjumpa dengan anda di bab yang seterusnya...

Salam,

Bibi kucing si nakal


Comments